Home / About Us / Kuasa Khusus Persatuan Undang-undang Sabah

Kuasa Khusus Persatuan Undang-undang Sabah

  1. Untuk mengisi kekosongan jawatan Jawatankuasa Eksekutif dan melantik jawatankuasa kecil
  2. Untuk membuat peraturan bagi melaksanakan matlamat Persatuan Undang-undang dan memperuntukkan semua perkara yang tidak dikhaskan secara nyata kepada Persatuan Undang-undang dalam mesyuarat agung sama ada ia dinyatakan dalam kuasanya atau tidak.
  3. Untuk menjawab perkara yang menjejaskan amalan dan etika profesion dan tingkah laku ahli
  4. Untuk mengambil perhatian tentang apa-apa yang menjejaskan Persatuan Undang-undang atau kelakuan profesional ahli-ahlinya dan untuk membawa ke hadapan mana-mana mesyuarat agung Persatuan Undang-undang apa-apa perkara yang dianggap penting kepada Persatuan Undang-undang atau kepentingan profesion dan untuk membuat apa-apa syor dan mengambil apa-apa tindakan yang difikerkannya sesuai berhubung dengan syor-syor tersebut.
  5. Untuk memeriksa dan jika difikirkan sesuai untuk melaporkan perundangan semasa atau yang dicadangkan dan sebarang perkara perundangan lain
  6. Mewakili ahli Persatuan Undang-undang atau mana-mana bahagian Persatuan Undang-undang atau mana-mana ahli tertentu dalam apa-apa perkara yang mungkin perlu atau suai manfaat
  7. Untuk menganugerahkan hadiah dan biasiswa kepada pelajar undang-undang dan menetapkan syarat-syarat untuk penganugerahan mereka (dengan kelulusan terlebih dahulu dalam Mesyuarat Agung Tahunan)
  8. Melantik pegawai, kerani, ejen dan pekhidmat untuk perkhidmatan tetap, sementara atau khas yang difikerkannya adil dan munasabah dari semasa ke semasa dan menentukan tugas dan terma perkhidmatan mereka.
  9. Untuk membeli, menyewa atau memperoleh dan menyediakan premis yang sesuai untuk kegunaan Persatuan Undang-undang
  10. Untuk berkomunikasi dari semasa ke semasa dengan badan-badan lain yang serupa dan dengan ahli profesion di tempat lain bagi tujuan mendapatkan dan menyampaikan maklumat tentang semua perkara yang berkemungkinan bermanfaat atau menarik minat ahli.
  11. Untuk memulakan, menjalankan, membela, mengkompaun atau membatalkan apa-apa prosiding undang-undang oleh dan terhadap Persatuan Undang-undang atau pegawainya atau selainnya yang berkaitan dengan hal ehwal Persatuan Undang-undang dan untuk mengkompaun dan memberi masa untuk pembayaran penyelesaian apa-apa hutang yang tertunggak atau apa-apa tuntutan atau permintaan yang dibuat oleh atau terhadap Persatuan Undang-undang
  12. Untuk melabur dan menguruskan apa-apa wang Persatuan Undang-undang dari semasa ke semasa dalam sekuriti yang dibenarkan untuk pelaburan dana amanah oleh mana-mana undang-undang bertulis
  13. Dari semasa ke semasa untuk meminjam atau mengumpul wang melalui overdraf bank atau sebaliknya melalui penerbitan debentur atau mana-mana sekuriti lain yang diasaskan or berasaskan semua atau mana-mana harta dan hak Persatuan Undang-undang atau tanpa sebarang cagaran sedemikian dan atas terma-terma keutamaan atau sebaliknya yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Eksekutif
  14. Untuk melaksanakan semua kuasa, keistimewaan dan budi bicara yang tidak dikehendaki secara nyata dan eksklusif oleh Ordinan ini untuk dilaksanakan oleh ahli Persatuan Undang-undang dalam Mesyuarat Agung.